Monday 28 May 2012

KISAH PEMUDA IKHLAS DAN SYAITAN



Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah
yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.

Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini." 

Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"

Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."

Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.

Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.

Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."

Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.

Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.

Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.

Saturday 26 May 2012





Jerarld F. Dirks, Bekas Paderi Yang Menemui Keindahan Di Dalam Islam

Jerald F. Dirks , ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Dibesarkan di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara keagamaan yang diadakan di gereja.

Tidak hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.

''Saya mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini, Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering mendapatkan penghargaan.


Tempat kelahiran Jerald, Kansas

Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.

Khutbah yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.

Ketika melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.


Wilfred Cantwell Smith

Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.

Tetapi untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi yang berbeza.

Pihak Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan Teologi Universiti Harvard.

Untuk mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .

Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School. Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.


Harvard Divinity School

Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity School pada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.

Aktivitinya sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja. Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya, seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.

Meninggalkan Aktiviti Gereja

Pelbagai usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam lingkungan gereja.

''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat, tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda. Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju kepada kehancuran moral,'' paparnya.


Melihat kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah. Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.

Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim

Pertemuan Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon, kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di atas pertolongan Jamal.

Ketika waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.

Jamal dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu beliau. 

''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.

Dari perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah Jerald.

Dari Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai mengenali apa itu Islam.


Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam

Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.

Pada Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing, anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.

Kejadian Yang Tak Diduga

Untuk menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam perjalanannya mempelajari Al-Quran, Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang dianutinya.

Walaupun demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar kepada identiti baru sebagai seorang muslim.

Walaupun begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran, Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.

Selepas itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud, Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.

Namun ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''

Ikut Berpuasa Dan Solat

Ketika memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.


Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald

Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.

Ketika Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim. Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.

Mengikrarkan Keislaman

Ketika itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.

Setelah berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada isterinya.

Selepas kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Kini hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program Islam di kaca-kaca televisyen.

Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".





Cerita Seorang Pemuda Yang Berkerja Sebagai Tentera Disebuah Negara Asing Dihina Kerana Mempercayai Adanya ALLAH

Subhanallah...


Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah 


negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 


Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha 


memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan 



kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai 



kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan 



kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau 



sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...



lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau 



memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang 


dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis 



kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata 



tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep 



tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...



Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak 



wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... 




Friday 27 April 2012

Jual Mahal Atau Bercouple.??

ASSALAMUA'LAIKUM..bismillahhirahmannirahim...
 okehh..hmm kalau bca title pon mungkin dh boleh faham apa yang nk dcritakan oleh ana..jd ..ana nk crita pnglaman ana..opppssss!! ana tkpernah bercouple kkkk...
pngalaman y ana mksudkan ..apa yang dilihat y didngar oleh ana spanjang ana mmegang jwatan sbangai "remaja"..
ana skarang sdng mengalami culture shokkkk!!! why?? why these
 happen..?? ana sbnar 'mahaddianzzz..dri form 1(bdk maktab mahmud)..sng crita bdk sek agama negeri kedah..spa dok Kedah mungkin tau..
dkt maahad..kelas tak campor..pergaulan lelaki dn perempuan amat dijaga dn di kawal oleh sekolah..kelas pon xcmpur lelaki perempuan..
ana mmg x kenal lelaki..klau knal pon knal ketue pngawas and the geng ja..
kalau nmpak lelaki mmg nk elak..malu kotttttt!! >_<...tmbah2 kalau jlan bertentangn dkt koridor..snggup ana terejun bangunan tauhhh...(x pernah bt lagi lah stakat nih...)
tngok!! maahadianzz..mmg dididik untuk mnjaga pergaulan..cara pergaulan lelaki perempuan
-bgi perempuan-bercakap dngn suara yg normal..jngn cuba untuk melembutkan suara kpada bkn mahram..!
      - ditemani oleh rakan
      -mnjaga aurat
-bgi lelaki pulak- mnundukkan pandangan dn mnjaga adab..
 ada bnyk lagi tatasusila dlm pengaulan lelaki dn prempuan..
mmg x bnyak bdk yang bercouple dkt maahad..boleh dibilang dng jari..dripada 1000 lebih pljar..
bdk2 yang bercouple tuh kbanyakkannya akedemik mreka kurang baik...dn bnyak yg brada dlm kelas2 hujung..TAPI sekarang ana dh pin ke sekolah agama kerajaan..sbb tu culture shockkkk sikit..

mungkin fikiran remaja skrang .."kalau tak bercouple tuh..x laku.."....pnyataan nih salah sma sekali!!!!!!!...ana mmg geram kalau ad orng kata mcm tuh..mcm nk jait zip ja kat mulut dya..!!!..do..yang dikatakan "tak laku" tuh sbnarnya permata..di  celah2 kaca yang berderai tau..that mean..dya tersangatlah mahal...!!!...

harap2 ana akn jadi mcm tuh..tak..tak..tak..ana nk semua wanita2 islam dkt luar sna pon jadi sepeti permata dicelahan kaca2 yg berderai..ameeeeeennnnnn!!!

nk diceritakan..ana kn bru hbis PMR 2011..kputusan ana sederhana ..ana mntak maahad alor star..aliran akaun..tp dpt aliran ekonomi..(ana asal maahad cwngn..mmps)..ana p sna dlm dua minggu ja..pstu dpt msuk stu sek agama..keranjaan punya.... dlm aliran akaun..so ana trpaksa laa kluar dri bumi maahad..
(saat pling sedeh kot)




hmmm..cantek tak...bayangkan ni perempuan yg blum disentuh oleh spa2..mseh bnyak warna dlm diri dya yg belum dinodai..tengok yang ni pulak..



tak cantek kan..nih pulak byang kan perempuan yg tlah dinodai oleh duniawi..TAPI!!!..kalau wanita tu dh bertaubat dngn bersungguh2..gugurlah dosa2 dya..dn rupa dya pon akn jdi mcm bunga yg warna..wrni tulah.."jangan judge org tuh dari msa silam dya..judge org tu dngn masa skarang "

satu lagi istilah.."jual mahal'..haaaaa..ahhh!!..mmg pon..mmg perempuan kna jual mahal..msa zaman persekolahan..tp bila msa tuh dh sesuai untuk berkahwin bru boleh nk mngenali lelaki..mngikut2 adab2 nyalah..

dkt sekolah baru ana...ana tkpasti rmai ka dk yg bercouple..tp dkt sana sngt laen dri maahad..suasana dya len sngat..ana sedeh sngt tngok suasana mcm tuh..walau dkt sign board sekolah bru ana ad perkataan 'agama"..suasana  addiniah tuh xbnyak..ad sesetengah org ja yg mnjaga btul2 adab pergaulan tuh..
ana tak tau mcm mna nk tgoq..ana rasa bersalah sngt kalau x tgor..mungkin ada hikmah ALLAH takdirkan mnimba ilmu dkt sna..

antara jual mahal dngn bercouple..ana pilih jual mahal..lgi pon bercouple semmemangnya haram dalm islam..dgn jelasnya..jadi renung-renungkanlah...


hensem x laki nih..humm insyaALLAH..lelaki mcm ni untuk perempuan yg mnjaga maruah dh auratnya...amennn..




~✿>> HEBATLAH KERANA ALLAH..<<✿~

Dia baik, saya tidak.
Dia alim, saya tidak.
Dia hebat, saya tidak.
Dia cantik, saya tidak.
Dia menawan, saya tidak.
Dia menarik, saya tidak.
Dia tumpuan, saya tidak.
Dia rebutan, saya tidak.
Dia solehah, saya tidak.
Dia semuanya, saya pastinya tidak.

>>> Jangan..jangan kita menilai dia dan kita..yang menilai bukanlah kita selayaknya..tapi, hanya Allah yang BERHAK..kita hanya mampu doa, usaha, tawakkal..ingat, kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..kita hidup di dunia, untuk saling melengkapi.saling memberi apabila mampu, dan berkongsi selagi terdaya..duhai hati, jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI..ingat, Allah saja yang layak untuk menilai dan kita tidak punya skala sempurna untuk menilai..Allahurabbi…

(sorry..sikit sja yg ana boleh kongsikan..)

Wednesday 25 April 2012

R. Black - It's Jumuah "Friday" (Raef Cover)

 
 

awesome!!!!

Kisah pengalaman CINTA seorang Ustaz.


yeaaaaa...skrang dh bebas dri taklukan asrama..(besa laa..bdk bru first time dok asrama..agk prak sikit..heheh)..emm hari nih..suma org skull lah....kite cuti hari nih..dok laa sowng2 kat rumah swang2..okehhh..hmm hri nih ana nk post tentang cerita cinta seorang ustaz~..huuuu.. islamic gilaaa..tak caya..ce tngok..

Saturday 24 March 2012

nOta LeKat!

INFO-HIKMAH-MUTIARA

Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat menggoda. Sebaik-baiknya, kamu menganggap bahawa hidup pada petang hari tidah akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian di tengah-tengahnya.
-(KAHLIFAH UMAR ABDUL AZIZ)

Orang yang berwibawa ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain,dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat,dunia pasti menyertainay. Sesiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti dirinya akan terjaga.-(SAYIDINA UMAR)